Bukan semua orang boleh makan makanan yang pedas. Ada juga yang langsung tidak boleh makan makanan pedas sehinggakan terpaksa menyediakan hidangan yang lain untuknya. Namun ada juga yang teramat suka makan makanan pedas ini sehinggakan setiap masakan yang dihidangkan perlu diletakkan cili yang lebih.
Tidak kurang juga ada yang teramat suka menggigit atau makan cili begitu sahaja. Ibarat sayur yang pedas ini dijadikan seperti keropok atau jajan. Kebanyakannya orang dewasa yang akan berbuat sedemikian rupa.
Namun tetap ada juga kanak-kanak yang selamba sahaja makan cili ini. Hal tersebut dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama gengjunior menerusi aplikasi TikTok. Menerusi video tersebut memang jelas kelihatan kanak-kanak berkenaan selamba menggigit cili. Tiada reaksi muka terkerut dan pedas.
Malah individu ini juga sempat menulis di ruangan video, kanak berkenaan tidak mahu makan sambal nasi lemak sebab pedas. Namun pelik kerana apabila makan cili begitu sahaja tidak takut pedas pula. Mungkin bagi kanak yang berusia 5 tahun ini, rasa cili tersebut sedap.
@risalizah Budak 5 tahun yang suka makan cili.
@gengjuniorBudak 5 tahun yang suka makan cili.♬ original sound – 4 beradik – 5 beradik
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang bimbang dan ada juga yang terkejut. Ada yang menulis, cili hijau ok lagi. Tapi ini cili merah, rileks sahaja dia makan.
Dalam masa yang sama ada juga yang bertanya apakah adik ini hilang deria rasa memandangkan kanak tersebut kelihatan bersahaja sahaja.
Amat jarang melihat kanak-kanak seusia ini menggigit atau makan cili. Namun nasihat kami, jangan selalu makan cili ya. Bimbang jika ia mendatangkan kesan yang buruk kepada usus dan kesihatan.
Kredit: TikTok gengjunior
Baca juga: “Laki Aku Salah Sebut Ke Apa..”, Wanita Terkejut Tengok Cili Yang Banyak Dalam Nasi Goreng Suami