Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Makan Nasi Dengan Lauk Dah Bosan? Tambah Sahaja Kerabu Terung Ini, Tentu Lebih Berselera

Makan Nasi Dengan Lauk Dah Bosan? Tambah Sahaja Kerabu Terung Ini, Tentu Lebih Berselera

Kategori: ,
kerabu terung

Orang Melayu sangat gemar makan nasi bersama aneka lauk seperti ayam masak merah, daging goreng, asam pedas ikan pari dan sebagainya. Namun ada kalanya lauk sebegitu agak membosankan jika dimakan hari-hari.

Nak mengubah selera, apa kata anda cuba lauk baharu pula? Antara yang menarik adalah kerabu terung ini. Resepinya telah dikongsikan oleh Nahafizul Noor. Ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Makan Nasi Dengan Lauk Dah Bosan? Tambah Sahaja Kerabu Terung Ini, Tentu Lebih Berselera

Bahan-bahan

  • Ikan selayang atau sardin
  • Kelapa parut
  • 4 hingga 5 ulas bawang merah (dipotong)
  • Kacang pangjang (dipotong)
  • Daun kesum (dihiris halus)
  • Cili padi (dipotong)
  • 1 kotak santan
  • 5 biji terung
  • Garam
  • Gula
  • Asam limau

Cara penyediaan

  1. Sangai kelapa parut dan bakar ikan selayang atau ikan sardin. kerabu terung
  2. Kisar isi ikan yang dah dibakar tadi bersama kelapa goreng dan bawang merah. kerabu terung kerabu terung
  3. Kupas kulit terung dan kemudian celur sebentar. kerabu terung
  4. Kemudian, masak santan sampai mendidih. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. kerabu terung
  5. Bila dah tersedia semua bahan, gaulkan semuanya termasuk santan, kacang panjang, cili dan daun kesum. kerabu terung
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perahkan sedikit asam limau untuk rasa masam-masam. Siap untuk dinikmati. kerabu terung

Dan begitulah caranya untuk korang menyediakan kerabu terung. Ringkas dan mudah, hidangan ini sangat enak dimakan bersama sepinggan nasi putih. Sekali-sekala kita menikmati lauk begini pun apa salahnya, kan?

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Nahafizul Noor

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Sup Sayur Campur Yang Simple Tapi Menyihatkan Ini, Masak Hari-Hari Pun Tentu Takkan Bosan

tags: | | | |