Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Ajak Anak Makan Sayur? Cuba Hidangkan Cucur Sayur Ini, Confirm Habis Licin

Nak Ajak Anak Makan Sayur? Cuba Hidangkan Cucur Sayur Ini, Confirm Habis Licin

Kategori: ,,
cucur sayur

Diet dan pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak. Sayur-sayuran pula merupakan makanan yang menjadi sumber serat, nutrein dan vitamin yang bagus. Oleh itu, ia sangat disarankan untuk diambil selalu.

Namun kanak-kanak tidak begitu menggemarinya kerana segelintir sayur-sayuran mempunyai rasa yang pahit. Kadang-kadang susah nak pujuk mereka memakan sayur.

Kalau begitu, apa kata anda cuba resepi cucur sayur yang telah dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Nak Ajak Anak Makan Sayur? Cuba Hidangkan Cucur Sayur Ini, Confirm Habis Licin

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar udang kering – dapatkan di sini
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Lobak merah (dipotong julienne)
  • Kubis (dipotong julienne)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Minyak masak (untuk menggoreng) cucur sayur

Cara penyediaan

  1. Sediakan semua bahan-bahan dan letakkan dalam mangkuk.
  2. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  3. Pastikan ia tidak terlalu cair atau pekat.
  4. Letakkan minyak masak secukupnya dalam kuali dan panaskan dengan api yang sederhana.
  5. Apabila minyak sudah panas, gorengkan adunan sehingga keperangan,
  6. Angkat dan toskan cucur sayur, sedia untuk dinikmati. cucur sayur cucur sayur cucur sayur cucur sayur

Dah siap cucur sayur ini, rupanya sangat menyelerakan! Kalau makan ketika ia masih panas tentu sedap jadi para ibu boleh la sediakannya untuk anak-anak. Lagi sedap bila ia dimakan bersama sos cili atau mayo.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kenalan anda.

Kredit: Zainoor Aliza Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Cara Buat Garlic Butter, Boleh Gunakan Untuk Sapu Pada Roti & Steak. Confirm Lebih Sedap!

tags: | | | |