Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Belajar Cara Buat Kacang Botol Goreng Belacan, Sangat Rangup & Memuaskan Bila Makan

Jom Belajar Cara Buat Kacang Botol Goreng Belacan, Sangat Rangup & Memuaskan Bila Makan

Kategori: ,
kacang botol goreng belacan

Kacang botol merupakan antara sayur ulam yang sangat terkenal dan enak dimakan mentah bersama budu, sambal belacan dan ikan bakar. Tapi ramai yang tak tahu bahawa sayur itu enak juga digoreng. Teksturnya yang rangup bersama rencah goreng menjadikannya lauk yang sangat sedap.

Kalau nak hidangan yang mudah, di sini kami ingin berkongsi resepi kacang botol goreng belacan yang telah diolah oleh Adam Abdullah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas sahaja bahan-bahan dan langkah-langkahnya, jom baca secara lebih lanjut.

Jom Belajar Cara Buat Kacang Botol Goreng Belacan, Sangat Rangup & Memuaskan Bila Makan

Bahan-bahan

  • 20 batang kacang botol (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang cili hijau
  • 10 batang cili padi
  • Segengam ikan bilis
  • 1 sudu belacan
  • Minyak masak
  • Garam
  • Perasa kacang botol goreng belacan

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan garam dan perasa. kacang botol goreng belacan
  2. Masukkan kacang botol yang dah dibasuh bersih. kacang botol goreng belacan
  3. Gaul rata dan masukkan sedikit air (Kalau nak berkuah boleh letak air banyak sikit). kacang botol goreng belacan
  4. Biarkan didih dan garing. Boleh angkat untuk dihidang. kacang botol goreng belacan
  5. Dah siap dan sedia untuk dinikmati. kacang botol goreng belacan

Dah siap hidangan kacang botol goreng belacan ini, memang betul sangat ringkas dan mudah sahaja cara-caranya, kan? Kalau ada kacang botol lebih dalam peti ais dan dah tak tahu nak buat apa, gunalah dalam resepi ini. Sedap sangat!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Adam Abdullah

Baca Juga: Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

tags: