Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Roti Kukus Yang Anda Boleh Cuba, Lebih Gebu & Lembut Dari Dibakar

Ini Resipi Roti Kukus Yang Anda Boleh Cuba, Lebih Gebu & Lembut Dari Dibakar

Kategori: ,
roti kukus

Roti sangat enak untuk dimakan bersama jem atau dicicah bersama kuah kari atau sardin. Ia juga menjadi sarapan yang ringan dan mengenyangkan.

Dari dibeli, anda juga boleh menyediakannya sendiri di rumah. Tak perlu bakar dalam oven, di sini kami ingin berkongsi resepi roti kukus yang telah diolah oleh Khairunnisa Mohammad di grup Masak Apa Hari Ni..(MAHN).

Ini Resepi Roti Kukus Yang Anda Boleh Cuba, Lebih Gebu & Lembut Dari Dibakar

Bahan-bahan

  • 150 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Gula
  • Mentega (dicairkan) – guna jenama ini untuk rasa yang lebih sedap

Cara-caranya

  1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula (dapatkan di sini) hingga rata.
  2. Kemudian, masukkan minyak masak, uli hingga doh licin.
  3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
  4. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan.
  5. Susun dalam loyang. Resepi ini menggunakan loyang 6 inci. roti kukus
  6. Kemudian, tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda. roti kukus
  7. Kukus dengan api sederhana selama 35 hingga 40 minit. Loyang balut dengan cling wrap, jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.
  8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin atau mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. roti kukus roti kukus

Dah siap roti kukus ini. Nampak lebih gebu dan lembut dari dibakar, kan? Memang sedap digigit, rasa cair sahaja di mulut. Selain dimakan dengan begitu sahaja, anda juga boleh mencicahnya dengan kari atau sardin, tentu lebih nikmat!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Baca Juga: Peniaga Bagi Resepi Percuma, Brownies Chewy Gooey Kesukaan Semua!

tags: | | | |