Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Asyik Nak Makan Lauk Kedai Makan Saja, Akhir Sekali Ibu Ini Terpaksa Tipu

Anak Asyik Nak Makan Lauk Kedai Makan Saja, Akhir Sekali Ibu Ini Terpaksa Tipu

Kategori:
Lauk Kedai Makan

Di usia yang kecil, kanak-kanak akan mempunyai pelbagai ragam. Ada yang tak berhenti bercakap, suka merenggek, ada juga yang sangat memilih soal makanan dan macam-macam lagi.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu tahu cara untuk mengatasi kerenah mereka seperti yang telah dilakukan seorang ibu ini.

Anak Asyik Nak Makan Lauk Kedai Makan Saja, Akhir Sekali Ibu Ini Terpaksa Tipu

Mempunyai seorang anak kecil yang sangat memilih soal makan dan hanya mahu makan lauk dari kedai, seorang ibu lyanalatiff berasa binggung selepas tidak berhasil untuk memujuk anaknya untuk makan masakannya.

Maklumlah apabila asyik beli makanan di luar, ia akan membebankan kos. Setelah tidak berjaya memujuk anaknya, ibu ini akhirnya terpaksa menipu.

Senyap-senyap ke dapur, wanita itu menyediakan nasi bersama lauk lain seperti sup ayam dan telur goreng. Seleasi masak, dia menghidangkannya dalam bekas plastik dan jika dilihat, rupa masakannya juga sangat sama seperti di kedai makan! Lauk Kedai Makan Lauk Kedai Makan

Apabila dia membawanya, anaknya jelas kelihatan teruja untuk makan, tak tahu bahawa makanan itu dari dapur dan bukannya dari kedai makan seperti selalu. Lauk Kedai Makan

Nampak berselera semasa makan, ibu ini bersyukur bahawa muslihatnya berjaya dan dia juga dapat mengatasi masalah anak yang sangat cerewet bila makan. Lauk Kedai Makan

@lyanalatiff Tipu sunat tak bedosa kan? 🥺🤭🤣 #fypシ゚viral #lawakmalaysia #fypシ #fypage ♬ Ala Sipak Nando Nando Meyden – DJ Bolang

Di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat video itu. Malah, kecomelan anak wanita ini turut menarik perhatian selebriti terkenal, Nur Fazura.

Komen seorang pengguna, “Alahai anak, jangan lah macam ni. Penat ibu masak! Boleh try cara ni, thank you.”.

Gelagat Comel Anak Wanita Ini Turut Tarik Perhatian Orang Ramai Lauk Kedai Makan

Kalau sesiapa yang menghadapi masalah yang sama seperti wanita ini, nanti boleh lah cuba cara ini. Memang leceh sikit tapi asal anak makan sudah cukup.

Jadi, ibu bapa nanti perlu bijak dan kreatif untuk mengatasi kerenah anak-anak.

Kredit: lyanalatiff

Baca Juga: Pelanggan Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Akhirnya Peniaga Ini Beri..

tags: | | | | | |