Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penat Jaja Jambu Tepi Jalan Raya Hingga Tertidur, Ramai Simpati Lihat Nasib Pak Cik Ini

Penat Jaja Jambu Tepi Jalan Raya Hingga Tertidur, Ramai Simpati Lihat Nasib Pak Cik Ini

Kategori:
penat jaja jambu

Mencari rezeki di zaman sekarang bukannya satu hal yang mudah. Peluang pekerjaan yang terhad serta harga barangan yang semakin menaik membuat ramai tertekan.

Oleh itu ramai di antara kita yang tidak memilih dan sanggup melakukan apa jenis pekerjaan. Walaupun perlu penat lelah dan bekerja dalam keadaan yang kurang menyenangkan, ia perlu dilakukan demi meneruskan kehidupan.

Penat Jaja Jambu Tepi Jalan Raya Hingga Tertidur, Ramai Simpati Lihat Nasib Pak Cik Ini

Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, olalala9099 yang berasa sangat sedih apabila melihat keadaan seorang pak cik yang telah ditemuinya.

Berada dalam perjalanan, lelaki itu telah berhenti di jalan raya sambil menunggu lampu isyarat bertukar pada warna hijau sebelum bergerak. Sambil menunggu, kelibat seorang pak cik terduduk di tepi menarik perhatiannya. penat jaja jambu

Menyandar di tiang lampu isyarat, pak cik tersebut kelihatan penat dan memejam mata sambil memegang dua plastik bekas jambu batu untuk dijual.

Namun mungkin kerana penat seharian menjaja dalam cuaca yang tidak menentu, dia ingin berehat sekejap walaupun perlu tidur di tepi jalan raya. penat jaja jambu

Melihat keadaan pak cik tersebut, hati lelaki itu berasa sangat sayu dan bersimpati dengan nasibnya.

@olalala9099

penat pak cik ni cari rezeki sampai tertidur..dia ibarat mcm ni la klau time senang hilang tah kemana..tapi bila susah masa tu la ingat sedara ke apa ke..nampak mcm xde kenemengena dgn vedio ni kn..tu la dunia ni xpenah adil..dunia ni kejam bro

♬ Tentang Bulan – Amelia Falisyaa

@olalala9099penat pak cik ni cari rezeki sampai tertidur..dia ibarat mcm ni la klau time senang hilang tah kemana..tapi bila susah masa tu la ingat sedara ke apa ke..nampak mcm xde kenemengena dgn vedio ni kn..tu la dunia ni xpenah adil..dunia ni kejam bro♬ Tentang Bulan – Amelia Syafiena

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa sebak apabila mengenangkan nasib warga emas tersebut.

Tambahan, ada juga beberapa idividu yang turut berniat mahu bantu jika terserempak dengannya. “Allahu Akbar, sedihnya. Kalau saya lalu, saya akan beli walau tak berapa makan, sedekah kat jiran je.”, niat seorang wanita.

Sedih Tengok Nasib Pak Cik Itu, Ramai Yang Simpati penat jaja jambu

Tak semua orang diberikan kehidupan yang mudah dan senang. Nasib pak cik ini perlu mengajar kita erti bersyukur dengan rezeki yang kita miliki dan bantu mereka yang memerlukan.

Kredit: olalala9099

Baca Juga: Niat Nak Bagi Surprise Anniversary, Namun Ejaan Di Kek Yang Buatkan Suami Isteri Terkejut

tags: | |