Kuih lepat merupakan sejenis kuih yang dihasilkan dengan menmbungkusnya dalam daun pisang kemudian dikukus sehingga masak. Terdapat beberapa jenis kuih lepat yang digemari ramai seperti lepat pisang, lepat ubi dan lepat jagung.
Tapi mesti ramai yang tak pernah mencuba lepat labu yang sama sedap seperti yang lain, kan? Di sini kami berkongsi resepinya yang telah diolah oleh Haslindawati Omar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resipi Lepat Labu Yang Ringkas & Mudah, Inti Pun Lembut Untuk Dimakan
Bahan-bahan
- 1 biji labu (dikupas kulit, kukus dan lenyek)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan santan pekat – dapatkan di sini
- Sedikit garam
- Gula secukup rasa
- Kelapa parut putih sahaja bersama garam (inti)
- Daun pisang (layur atas api)
Cara-caranya
- Campurkan kedua-dua tepung dan gula ke dalam labu yang telah dilenyek.
- Jika adunan lembik sangat, tambahkan tepung beras lagi.
- Letakkan dua sudu adunan tepung tersebut di atas daun pisang.
- Tambahkan inti kelapa di tengah-tengah dan bungkus.
- Kukus hingga masak dan sedia untuk dinikmati.
Mudah sangat untuk menyediakan lepat labu ini, kan? Sebenarnya ia ringkas juga seperti kuih lepat yang lain tapi rasanya memang sedap. Kalau anda penggemar kuih tersebut, cuba lah resepi ini, dijamin anda tak akan kecewa.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Haslindawati Omar
Baca Juga: Ini Cara Buat Apam Cornetto, Sangat Warna-Warni & Cantik! Rasa Sayang Pula Nak Makan