Kita haruslah sentiasa mengingati resepi turun temurun nenek moyang kita supaya dapat kita teruskan legasi mereka. Melalui kita jugalah yang akan menyambung warisan mereka dan diberikan kepada anak cucu kita nanti.
Seperti kita tahu bahawa gulai lemak cili ini dipakai oleh masyarakat Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Jadi ini adalah Resepi Gulai Lemak Cili Padi Kulat Sisir Atau Cendawan Kukur.
Makanan Turun Temurun Nenek Moyang Kita, Ini Resepi Gulai Lemak Cili Padi Kulat Sisir Atau Cendawan Kukur, Sedap Dimakan Ketika Musim Hujan!
Resepi ini dikongsikan di laman media sosial Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda dikongsikan oleh Nora Habsah Shahid. Beliau memudahkan kita semua dengan berkongsikan resepi ini kepada kita.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan KULAT SISIR/kulat kukur kering
- 15 biji cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Sejemput ikan bilis ~ direndam sekejap
- 2 batang serai ~ dititik
- 900 ml santan sederhana pekat
- Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara Menyediakan:
- Rendam supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.
- Cucurkan kulat di bawah air paip dan tos sebentar.
- Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur. Tumbuk manja-manja sahaja.
- Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Dalam periuk, boleh lah nak tambah udang atau seafood yg lain masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.
- Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau. Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur.
- Boleh dimatikan api bila dah secukup rasa.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan dan kita dapat memasaknya dengan cepat dan pastinya sedap. Sebagai penggemar kulat, saya syorkan resepi ini kepada anda semua.
Selamat mencuba!
Kredit: Nora Habsah Shahid
Baca Juga: “Selagi Tak Berkulat, Selagi Tu La Ko Hadap!” – Akibat Lapar, Gadis Ini Terus Makan Tanpa Periksa