Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Because Sukiya Is 336KM Away From Us” – Influencer Kelantan Ini Kongsi Resipi Sukiya Dipping Sauce, Makan Sampai Kenyang

“Because Sukiya Is 336KM Away From Us” – Influencer Kelantan Ini Kongsi Resipi Sukiya Dipping Sauce, Makan Sampai Kenyang

Kategori: ,

Sukiya adalah merupakan kedai makan yang popular di Malaysia kerana mempunyai keunikan makanannya berbeza dengan kedai-kedai grill atau steamboat lain. Tapi Sukiya hanya terletak di ibu negara Malaysia sahaja dan untuk rakyat Malaysia yang berada di luar ibu negara terpaksa telan air liur sahaja.

Influencer Kelantan ini kongsikan Resipi Sukiya Dipping Sauce, terus buat netizen lapar dan ingin mencuba di rumah.

“Because Sukiya Is 336KM Away From Us” – Influencer Kelantan Ini Kongsi Resipi Sukiya Dipping Sauce, Makan Sampai Kenyang

Resipi Sukiya Dipping Sauce ini dikongsikan oleh sheilanan yang merupakan influencer Kelantan yang terkenal di Malaysia.

Sukiya Dipping Sauce

Sukiya Dipping Sauce

Bahan-Bahan:

  • Diy Miso Tare Sauce
  • Lada Hijau
  • Bawang Putih
  • Garam
  • Air
  • Kewpie Dressing (pengganti Gomatare Sauce)
  • Sichuan Chili Oil
  • Bawang Putih Cincang
  • Daun Ketumbar Cincang
  • Daun Bawang Cincang
  • Cili Cincang
  • Bahan-bahan steamboat

Sukiya Dipping Sauce Sukiya Dipping Sauce

Sukiya Dipping Sauce

Cara Penyediannya:

  1. Masukkan dua sudu miso tare sauce ke dalam mangkuk kecil.
  2. Kemudian masukkan beberapa lada hijau, bawang putih dan garam. Tumbukkan hingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk miso tare sauce tadi. Tuangkan air ke dalam mangkuk itu dan gaulkan hingga sebati. Taburkan bawang putih cincang dan gaulkan.
  3. Selepas itu, masukkan kewpie dressing ke dalam mangkuk yang lain, manakala sichuan chili oil di dalam mangkuk yang lain.
  4. Sediakan berbeza setiap mangkuk untuk bahan-bahan yang telah dicincang iaitu bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, cili cincang.
  5. Cara untuk campurkan sukiya dipping sauce ini adalah masukkan semua bahang-bahang cincang ke dalam satu mangkuk untuk kita makan bersama steamboat dan masukkan ketiga-tiga sos di dalam mangkuk tadi.
  6. Bolehlah makan bersama bahan-bahan steamboat atau daging pusing bersama chopstick.

Sukiya Dipping Sauce Sukiya Dipping Sauce Sukiya Dipping Sauce

Cuba sahaja di rumah Resipi Sukiya Dipping Sauce ini, tak perlu jauh-jauh pergi ke kedai mereka. Bahan-bahan pun mudah sahaja dapat di mana-mana pasaraya yang berdekatan di rumah anda.

Selamat Mencuba!

@sheilanannn

because Sukiya is 336km away from us and why not 🤫 #homemadesukiya #sukiyakisauce

♬ original sound – sheilanan – sheilanan

@sheilanannn because Sukiya is 336km away from us and why not 🤫 #homemadesukiya #sukiyakisauce ♬ original sound – sheilanan

Kredit: sheilanan

Baca Juga: “Tergelak Aku..” Gelagat Kelakar Wanita Ini Sampai Terbeliak Biji Mata Cari Daging Terbang, Rupanya Atas Bahu Je

tags: | | |