Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru Pertama Kali Cuba Makan Sushi Salmon, Reaksi Lelaki Ini Buat Satu Meja Gelak

Baru Pertama Kali Cuba Makan Sushi Salmon, Reaksi Lelaki Ini Buat Satu Meja Gelak

Kategori:
Makan Sushi Salmon

Sushi menjadi makanan kegemaran ramai, terutamanya penggemar hidangan Jepun. Kini, makin banyak restoran yang menyajikan pelbagai sushi Halal seperti Sushi King, Empire Sushi, Minori dan sebagainya.

Antara pilihan popular orang ramai adalah sushi salmon. Namun begitu, tak semua orang menggemari sushi kerana tiada terbiasa dengan jenis beras atau makan makanan laut yang mentah.

Baru Pertama Kali Cuba Makan Sushi Salmon, Reaksi Lelaki Ini Buat Satu Meja Gelak

Jika tak pernah makan sushi salmon dan sudah terbiasa dengan makanan melayu, mungkin reaksi anda akan sama dengan lelaki dalam video yang dikongsikan ini.

Mempunyai selera kampung, dia dicabar oleh kawan-kawan untuk cuba salmon sushi di Sushi King tanpa membuat apa jenis muka. Makan Sushi Salmon

Pantang dicabar, dia mengambil satu untuk dimakan tapi bila cuba untuk menelan sushi tersebut, dia tidak dapat menahan diri dari membuat ‘muka’, kelihatan seperti ingin muntah kerana tidak suka dengan rasa dan tekstur sushi tersebut. Makan Sushi Salmon

Walaupun cuba sebaik mungkin untuk menyahut cabaran itu, lelaki itu tidak berdaya dan akhirnya gagal.

Melihat gelagat lelaki itu ketika cuba menelan sushi salmon itu, rakan-rakannya hanya mampu gelak.

https://www.tiktok.com/@helensua9098/video/7158089301513850138

@helensua9098 #makansushi #fyp #malaysiatiktok #sabahantiktok #sarawaktiktok #Semenanjung ♬ Funny – Gold-Tiger

Di ruangan komen video tersebut yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Malah, ada juga yang turut mempunyai suami yang memberi reaksi yang sama bila cuba makan makanan yang lain dari biasa, “Laki aku macam ni la. Jangan harap la nak ajak dia masuk makan. Tak pasal dia minta nasi goreng cili api!”, jelas seorang pengguna.

Yang Tekak Kampung Sahaja Faham Makan Sushi Salmon

Bagi mereka yang tidak terbiasa dengan makanan sebegini, tentu agak sukar untuk memakan sushi tersebut. Sekali telan pun terus menggelupur kerana geli.

Walau apapun, setiap orang mempunyai citarasa masing-masing jadi jangan lah kita mengencam mereka hanya kerana mereka tidak terbiasa dengan apa yang kita suka.

Kredit: helensua9098, Budduk Amat

Baca Juga: “Nak Elak Punya Pasal..” – Lihat Abah Kena Buli Dengan Ummi, Wanita Ini Geli Hati

tags: | | |