Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bingka Lobak Merah, Lebih Unik & Sedap Dari Yang Biasa

Cara Buat Bingka Lobak Merah, Lebih Unik & Sedap Dari Yang Biasa

Kategori: ,
Bingka Lobak Merah

Kuih bingka sudah menjadi kuih tradisi dalam masyarakat Melayu. Selalunya, kita hanya melihat versi pandan dan belum lagi yang lain. Pasti ramai yang tak pernah cuba bingka lobak merah pula, kan?

Kalau nak tahu cara membuatnya, di sini kami ingin berkongsi resepi cara membuat bingka lobak merah yang mudah dan ringkas sahaja. Ia telah dikongsikan oleh Mas Intan Masman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Bingka Lobak Merah, Lebih Unik & Sedap Dari Yang Biasa

Bahan-bahan

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam

Cara-caranya

  1. Rebus lobak merah dan kisar semua bahan lain kecuali tepung.
  2. Tuangkan lobak merah yang dikisar tadi ke dalam tepung yang sudah diayak.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu minyak. Taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 200 darjah celcius, api atas bawah selama 40 minit.
  6. Siap, terus keluarkan dari oven. Sejukkan seketika sebelum dinikmati. Bingka Lobak Merah Bingka Lobak Merah Bingka Lobak Merah

Mudah sahaja bingka lobak merah ini untuk disediakan, kan? Bahan-bahan pun tak banyak. Peminat kuih bingka wajib mencubanya tau, memang sedap!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Mas Intan Masman

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Marble Minyak Yang Dijual Hingga Laku Keras, Rupanya Ini Rahsianya!

tags: | | |