Untuk minum petang, anda suka menikmati menu apa? Popia mestilah menjadi pilihan, kan? Sekarang terdapat pelbagai resepi popia yang anda boleh cuba seperti popia milo, popia cendawan, popia basah dan banyak lagi.
Untuk sedikit kelainan, anda boleh lah cuba resepi popia begedil yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di group Masak Apa Hari Ni. Nampak mudah dan sangat menyelerakan, semuanya lengkap. Bukan sahaja resepi popia, resepi sambal kicap turut dikongsikan. Nak tahu? Jom baca perkongsian resepi ini.
Resepi Popia Begedil
Bahan-Bahan
Bahan Bergedil
- 4 biji kentang besar
- 400 gram daging kisar Ramly
- 4 sudu besar bawang goreng
- Daun sup atau bawang (dipotong halus)
- 1 sudu kecil lada sulah
- Sedikit garam
- 2 biji cili besar merah (dipotong halus)
Bahan Sambal Kicap
- 1 mangkuk kicap manis
- Cili api ikut pedas
- 1 ulas bawang putih
Bahan Hiasan
- Cili padi dipotong
- Daun sup dipotong kasar
- 1 sudu besar bawang goreng
Cara-Cara Penyediaan
- Kentang potong nipis-nipis dan goreng sehingga empuk atau lembut.
- Masukkan dalam mangkuk, lecek kentang goreng tadi sehingga lumat, masukkan daging kisar, daun sup atau bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah, perasa. Gaul sehingga rata.
- Amik kulit popia dan lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
- Pukul telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
- Nampak kekuningan terus angkat dan boleh lah hidang dan taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.
Cara Penyediaan Sambal Kicap
- Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
- Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk.
- Masakkan cili kicap sebentar tapi jangan sampai mendidih. Siap.
Aduii, tengok gambar pun dah rasa terliur dengan popia begedil ini. Memang nampak sangat menyelerakan! Satu tak puas ini, jadi bagi anda yang ingin mencuba menu yang baharu untuk minum petang boleh lah cuba resepi ini.
Selamat mencuba.
Kredit: Rozmaliza Omar
Baca Juga: Anak-Anak Suka Setiap Kali Buat, Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Udang Cheese Simple & Cepat