Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Paling Mudah & Pantas Untuk Mencuci Kipas, Yang Penting Mess Free! Cuma Guna Bahan Dapur Saja

Ini Cara Paling Mudah & Pantas Untuk Mencuci Kipas, Yang Penting Mess Free! Cuma Guna Bahan Dapur Saja

Kategori:
MENCUCI KIPAS

Kipas di rumah mudah sahaja perangkap habuk dan debu. Jadi, semua orang semestinya pernah mengalami masalah kipas yang kotor dan berdebu. Belum lagi sebulan tapi kipas dah kotor!

Meskipun kerja mencuci kipas itu perkara yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan kerosakan kepada kipas, tak dapat dinafikan bahawa ianya sesuatu kerja yang leceh dan memakan masa. Lagi-lagi buat kita yang sibuk berkerja, kadang-kadang memang tak sempat.

Bagi anda yang mencari ‘jalan’ mudah untuk mencuci kipas, sultantanjung07 telah berkongsi cara paling mudah untuk mencuci kipas dengan menggunakan beberapa bahan sahaja yang mudah didapati di dapur. Serious jimat dan mudah.

Cara Paling Mudah Untuk Mencuci Kipas Dengan Menggunakan Bahan Dari Dapur Sahaja!

Video yang dimuat turun di laman TikTok untuk berjaya lebih 1 juta views dan kelihatan mudah sahaja untuk diamalkan. Dengan bahan-bahan dapur, tips ini sesuai diamalkan bagi mereka yang mempunyai kipas angin dinding, kipas angin berdiri, kipas angin duduk dan juga kipas angin mini.

Bahan-Bahan

  • Setengah gelas cuka
  • 3 sudu baking soda (guna jenama ini pun boleh)
  • 2 sudu sabun pencuci pinggan
  • Spray bottle
  • Plastik

Cara Penyediaan

  1. Campurkan cuka, baking soda, sabun pencuci pinggan dan kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan dalam spray bottle dan goncangkan.
  3. Kemudian, semburkan campuran itu pada kipas yang kotor.
  4. Balutkan kipas dengan plastik. Tekan pada kelajuan maksimum kipas selama 5 minit.
  5. Buka plastik dan kipas anda sudah cantik bersih!
@junitanjung27

Cara membersihkan kipas angin dengan cara yg mudah… Amazing.

♬ suara asli – sultan tanjung – Juni tanjung

@sultantanjung07Cara membersihkan kipas angin dengan cara yg mudah… Amazing.♬ suara asli – sultan tanjung

Guna cuka, baking soda dan sabun pencuci pinggan sahaja dah menjadi. Tips yang viral ini memang mudah untuk diamalkan ketika mencuci kipas. Yang penting, sememangnya mess free dan sesuai untuk anda yang tak banyak masa untuk cuci menggunakan span dan air sabun.

Semoga tips ini bermanfaat buat anda.

Kredit: TikTok sultantanjung07

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Buat Bara Api, Cuma Guna 2 Bahan Sahaja, Api Tak Pernah Padam!

tags: | |