Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Hidangan Sambal Taucu Ikan, Sekali Tengok Terus Auto Lapar! Ni Resipinya Yang Sedap & Ringkas

Ini Hidangan Sambal Taucu Ikan, Sekali Tengok Terus Auto Lapar! Ni Resipinya Yang Sedap & Ringkas

Kategori: ,
sambal taucu ikan

Lauk ikan menjadi kegemaran orang ramai. Malah, ia boleh dimasak dalam pelbagai cara dan sangat menyelerakan bila dimakan dengan sepinggan nasi putih.

Antara lauk ikan yang sangat sedap dan ringkas untuk disediakan adalah sambal taucu ikan. Di sini kami ingin berkongsi resepi hidangan ini yang telah diolah oleh Azlina Ina di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Jom baca untuk ketahui caranya.

Ini Hidangan Sambal Taucu Ikan, Sekali Tengok Terus Auto Lapar! Ni Resipinya Yang Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol atau ikan kembung
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak masak

Bahan tumis

  • 1 labu bawang besar (lagi banyak lagi manis dan sedap, dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit halia (dihiris)
  • 15 hingga 20 tangkai cabai kampung (dipotong)
  • 1 paket Bilal taucu – dapatkan di sini
  • 1/4 cawan air
  • Pes asam jawa
  • 1 1/2 sudu gula
  • Serbuk perasasambal taucu ikan

Cara penyediaan

  1. Basuh bersih ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit secukupnya. sambal taucu ikan
  2. Kemudian, goreng ikan sehingga kuning sedikit. Tak perlu garing sepenuhnya. Angkat dan ketepikan. sambal taucu ikan
  3. Ambil sedikit minyak goreng ikan dan panaskan, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi. sambal taucu ikan
  4. Masukkan cili, halia dan biarkan seketika. sambal taucu ikan
  5. Tambahkan satu paket taucu. sambal taucu ikan
  6. Terus tuang air yang telah siap dibancuh dengan sedikit asam jawa. Jangan banyak-banyak, agak-agak besar ibu jari ramaskan untuk buang biji. sambal taucu ikan
  7. Letakkan gula. sambal taucu ikan
  8. Masukkan ikan dan biarkan seketika. sambal taucu ikan
  9. Perasakan dengan serbuk perasa kalau suka, boleh juga masukkan tomato.
  10. Balik-balikkan ikan dan siap untuk dihidangkan. sambal taucu ikan sambal taucu ikan

Nampak sungguh menyelerakan hidangan ini, kan? Bagi anda yang ingin cuba lauk ikan yang baru, boleh siapkan sambal taucu ikan ini sendiri di rumah. Ikut resepi ini tentu akan menjadi.

Selamat mencuba hidangan ini!

Kredit: Azlina Ina di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: Mi Goreng Lada Hitam Style Orang Jawa, Memang Rasa Lain Dari Mi Goreng Biasa

tags: | |