Masakan Melayu tidak lengkap tanpa aneka lauk sambal. Enak dimakan bersama nasi putih atau bersama lauk lain, ianya menjadi penyedap mana-mana hidangan.
Terdapat pelbagai resepi sambal yang anda boleh cuba seperti sambal sardin, sambal ayam dan sambal udang. Jika anda gemar dengan lauk sotong kering, anda juga boleh cuba sambal sotong kering yang mudah ini. Jom ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Sabariah Bahasar di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Sambal Sotong Kering
Bahan-Bahan
- 1kg sotong kering saiz besar (dapatkan di sini)
- 5 biji bawang besar di blend halus
- 2 bawang besar dibelah 8
- 2 senduk cili blend
- 1/4 cawan air asam
- Gula kabung
- Garam
- Perasa
Cara Penyediaan
- Tumis bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
- Masukkan cili dan kacau sehingga naik minyak.
- Tambahkan kesemua bahan-bahan lain.
- Masak diatas api perlahan sehingga sambal kering.
Mudah dan ringkas sahaja resepi sambal sotong kering ini, kan? Dengan beberapa bahan sahaja, anda mampu menikmatinya. Bagi penggemar masakan pedas dan aneka lauk sotong, anda boleh mencubanya. Tentunya sangat enak dimakan bersama nasi putih yang masih lagi panas. Dengan lauk ini sahaja, tentunya akan memuaskan.
Kredit: Sabariah Bahasar via MAHN
Baca Juga: Resepi Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Padu, Puas Hati Makan Licin Satu Kuali!