Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Gulai Ikan Tenggiri Lemak Padang Yang Cukup Rasa, Lauk Makan Malam Yang Sangat Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Ini Resepi Gulai Ikan Tenggiri Lemak Padang Yang Cukup Rasa, Lauk Makan Malam Yang Sangat Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Kategori: ,
RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG

Ikan Tenggiri sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Bukan sahaja enak untuk digoreng dan dimasak asam cuka, ianya sering diletakkan dalam gulai lemak. Malah, gulai lemak ikan tenggiri sangat digemari ramai.

Bagi anda yang gemari gulai ikan tenggiri yang mempunyai rasa yang pedas, anda perlu cuba resepi gulai ikan tenggiri lemak Padang yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Gulai Ikan Tenggiri Lemak Padang

Bahan-Bahan

  • 5 atau 5 ketul ikan Tenggiri
  • 1/2 kotak santan
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 hirisan lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras (dapatkan di sini)
  • 2 batang cili merah
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji tomato
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1/2 cawan air RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, buah keras dan cili merah menggunakan blender. Biarkan seketika.
  2. Ikan dibasuh bersih dan lumurkan kunyit dan garam. Serta goreng ikan sehingga masak.  RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG
  3. Panaskan minyak, masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika.
  4. Masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi. Masak sehingga pecah minyak. RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANGRESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG
  5. Masukkan air dan santan, masak sehingga sedikit mendidih. RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANGRESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG
  6. Masukkan tomato dan ikan yang digoreng tadi. Perasakan dengan sedikit garam dan sedikit serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidang. RESEPI GULAI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG

Hidangan ini mudah sahaja untuk disediakan. Jika mempunyai beberapa ketul ikan tenggiri yang baru sahaja dibeli, anda boleh terus ke dapur untuk cuba resepi gulai ikan tenggiri lemak padang ini, dijamin cukup rasa dan sesuai dijadikan lauk untuk dimakan bersama sepinggan nasi putih.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni (MAHN

Baca Juga: Ini Caranya Untuk Menyediakan Sambal Hijau Jawa Yang Enak Dimakan Bersama Nasi Putih Atau Ubi Rebus

tags: