Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular Peniaga Ini Jual Cendol Durian RM3 Semangkuk, Pelanggan Terkejut Siap Bagi Resit

Tular Peniaga Ini Jual Cendol Durian RM3 Semangkuk, Pelanggan Terkejut Siap Bagi Resit

Kategori: ,,,,
cendol durian RM3

Sebut sahaja cendol, pasti ia menjadi kegemaran kebanyakan pembaca Daily Makan kerana kesedapannya dari santan asli yang segar.

Ada pelbagai jenis cendol dijual di pasaran. Antara yang menarik minat ramai adalah cendol durian. Tetapi kebiasaannya, ia dijual dengan harga yang sedikit mahal kerana buah durian itu sendiri.

Tular Peniaga Ini Jual Cendol Durian RM3 Semangkuk, Pelanggan Terkejut Siap Bagi Resit

Tetapi amat berbeza dengan seorang peniaga yang menjual cendol yang dijual di kedai Durian Atok Jalan Kebun.

Ia menjadi bualan ramai selepas sebuah video dimuatnaik oleh TikTok @ahmad.azwan.alfat dan tular.

cendol durian RM3

Menurut netizen yang merupakan warga tempatan di situ, mereka mengakui kedai Durian Atok Jalan Kebun memang menjual makanan itu dengan harga yang sangat mampu milik.

“Nama pun durian Atok. Alhamdulillah, murah rezeki sehingga sampai ke cucu,”

“Semoga murah rezeki owner kedai umpama air yang mengalir tanpa henti,”

“Berniaga sambil bersedekah, berniaga sambil bersedekah,”

“Atok ini nak menjual ke sedekah? Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki kepada tuan kedai,” kata netizen.

Dibuka Setiap Hari

cendol durian RM3

Jika pembaca Daily Makan ingin mencuba sendiri cendol durian RM3, bolehlah ke kedai ai Durian Atok Jalan Kebun. Dibuka setiap hari, bermula 3 petang, kecuali Jumaat pukul 2 petang.

Menurut sumber, jika datang pada hari minggu, perlu bersabar sedikit kerana beratur panjang dan ruangan parkir penuh.

Sumber: TikTok @ahmad.azwan.alfat

Baca juga: Khairul Aming Dedah Belanja Hampir RM1 Juta Untuk Belanja Staf Bercuti, Henti Operasi Kilang Supaya Semua Dapat Nikmati Cuti

tags: | |