Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Mini Waffles Guna Air Fryer Sahaja, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Mini Waffles Guna Air Fryer Sahaja, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Kategori: ,
MINI WAFFLES

Teknologi air fryer kini amat memudahkan proses memasak di dapur. Kini, terdapat pelbagai jenis resepi yang boleh dicuba dengan hanya menggunakan air fryer, mudah dan jimat sangat.

Bagi ibu-ibu yang ingin sediakan hidangan yang mudah untuk anak-anak yang masih kecil, bolehlah cuba resepi mini waffles ini yang telah dikongsikan oleh Norazlin Mohd Yusof di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja bila menggunakan mesin air fryer sahaja! Jom baca dengan lebih lanjut.

Resepi Mini Waffles Guna Air Fryer Sahaja, Rangup Di Luar Dan Lembut Di DalamNorazlin Moh

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak atau unsalted butter
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu gula

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk dan gaulkan semua sehingga sebati.
  2. Panaskan air fryer selama 5 minit.
  3. Sapukan minyak atau unsalted butter pada bekas waffles silikon (dapatkan di sini).
  4. Masukkan dalam air fryer. Masak pada suhu 180 selama 5 minit. Selepas 5 minit, terbalikkan dan letakkan adunan, masak lagi selama 5 minit. MINI WAFFLES
  5. Setelah siap, keluarkan dari air fyer dan sedia untuk dinikmati. MINI WAFFLES

Nampak sedap sangat resepi ini, kan? Tidak terlalu manis, mini waffles ini sangat sesuai untuk anak-anak. Kalau anda nak, ia juga boleh dimakan dengan pelbagai jem pilihan anda atau aiskrim kesukaan. Tentunya ia akan menjadi lebih sedap.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Norazlin Mohd Yusof di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rasa Sungguh Sedap Dengan Setiap Gigitan!

tags: | |