Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Semua Boleh Datang Tak Kira Bangsa & Agama..” – Bagi Makanan Percuma Kepada Orang Kekurangan, Peniaga Ini Dipuji Ramai

“Semua Boleh Datang Tak Kira Bangsa & Agama..” – Bagi Makanan Percuma Kepada Orang Kekurangan, Peniaga Ini Dipuji Ramai

Kategori:
makanan percuma

Terkadang, ada sesetangah dari kita yang tidak mempunyai wang untuk menyuap nasi ke dalam mulut bagi mengisi perut yang kelaparan. Disebabkan itulah, Tuhan menyuruh kita untuk saling membantu di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bagi mewujudkan dunia yang aman.

Seperti tindakan seorang peniaga yang menyelamatkan jiwa-jiwa kelaparan, kebaikannya dipuji ramai apabila dia menyedekahkan makanan dan minuman kepada orang yangh tiada wang untuk makan.

“Semua Boleh Datang Tak Kira Bangsa & Agama..” – Bagi Makanan Percuma Kepada Orang Kekurangan, Peniaga Ini Dipuji Ramai

Menerusi perkongsian di Facebook, kafe D’Kaseh Cake yang terletak di Muar, Johor membuat hebahan bagi mengalu-alukan sesiapa sahaja yang kurang berkemampuan untuk menikmati makanan percuma dengan cara menebus tiket yang sudah ditampal di pintu masuk premis mereka.

Bersama kepingan tiket tersebut, kafe berkenaan turut menampal nota memaklumkan makanan yang bakal ditebus sudah pun dibayar.

“Jika anda lapar dan kekurangan duit, sila ambil tiket ini dan redeem secara percuma di dalam kerana makanan anda telah dibayar. Kami sediakan makanan panas untuk anda dan enjoy. Alhamdulillah,” tulis pemilik kedai di hantaran Facebooknya.makanan percuma

Perkongsian berkenaan menjadi tular di Facebook, pemilik kafe berkenaan akan membuat hebahan setiap kalli mereka mengeluarkan tiket untuk penebusan makanan percuma.

Sekadar mahu berkongsi dan mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah, pemilik kafe berkenaan melahirkan kesyukuran apaabila inisiatif mereka mengundang pujian nwarga maya.

“Paling terharu bila tengok satu-satu share posting, ramai yang mendoakan termasuk non-Muslim, banyak yang share juga dari negara luar.

“Terima kasih atas doa-doa. Harap benda yang baik akan menjadi contoh pada semuam nak membantu kita bantu apa yang kita mampu tak mampu wang ringgit, mampu tolong like dan share pun dah dapat pahala,” tulisnya.

Harap Benda Baik Macam Ni, Kita Terus Sebarkan

Semoga dimurahkan rezeki untuk orang-orang baik di luar sana. Teruskan sebar kemanusiaan, kerana hanya itu yang kita punya.

Sumber: D Kaseh Kaseh

Baca juga: Syarikat Jepun Tanam Padi Dalam Bangunan Pejabat, Jadikan Lampu Sebagai Cahaya Matahari

tags: | |