Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Masak Lemon Yang Pasti Menyelerakan

Resepi Ayam Masak Lemon Yang Pasti Menyelerakan

Kategori: ,
Ayam Masak Lemon

Ayam Masak Lemon merupakan ayam yang dimasak bersama dengan perahan lemon dan kulit lemon, menu ini berasal daripada cina. Masakan ini sangat ringkas dan cepat untuk disediakan. Rasanya yang masam – masam manis dan tidak pedas pasti membangkitkan selera kita dan anak-anak kita. Di sini saya kongsikan resepi mudah untuk memasak Ayam Masak Lemon.

Bahan – bahan perapan:

  • Isi ayam (2 Ketul/400gram)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Kicap manis ( 1 sudu besar )
  • Lada hitam (Secukup rasa)
  • Telur ayam (1 biji)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)

Bahan-bahan untuk bancuhan kuah :

  • Jus lemon (2-3 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Parutan kulit lemon
  • Cuka makan (1 sudu besar )
  • Madu (1 sudu besar )
  • Tepung jagung (1 sudu besar)

Bahan-bahan untuk salutan ayam :

  •  Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Tepung jagung ( 1/2 cawan )

 Bahan-bahan lain:

  • Bawang putih (2 ulas)
  • Sedikit parutan halia
  • Air secukupnya
  • Bijan untuk taburan

Cara-cara memasak:

Ayam

  1. Potong nipis-nipis isi ayam (rangup bila digoreng nanti)
  2. Perapkan ayam bersama garam, sedikit kicap pekat, serbuk lada hitam dan tepung jagung.
  3. Perap beberapa minit.
  4. Salutkan semua ayam dengan tepung jagung dan gandum.
  5. Panaskan minyak dan goreng sampai garing.
  6. Angkat dan toskan.

Bancuhan sos

  1. Sagat atau kupas halus kulit lemon bahagian lapisan kuning sahaja.
  2. Masukkan gula dan jus lemon
  3. Masukkan parutan lemon tadi.
  4. Masukkan madu dan sedikit cuka.
  5. Masukkan tepung jagung.

Kuah

  1. Cincang kasar bawang putih.
  2. Parutkan sedikit halia.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  4. Timus bawang putih yang dicincang dan halia parut tadi sehingga kekuningan
  5. Tuang bancuhan sos ke dalam kuali.
  6. Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  7. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  8. Bila dah pekat dan mendidih bolehlah tuang ke dalam ayam goreng tadi.

Selamat mencuba guys!

Klik link dibawah untuk melihat video memasak ayam masak lemon.

 

 

 

 

 

tags: | |