Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Bubur Gandum, Manisan Yang Jarang Sekali Ada Di Kedai Tapi Memang Sedap

Resipi Bubur Gandum, Manisan Yang Jarang Sekali Ada Di Kedai Tapi Memang Sedap

Kategori: ,
Bubur gandum

Bubur gandum merupakan pencuci mulut yang ringkas, dimasak bersama gula perang dan santan. Mempunyai rasa yang lemak manis, ia menjadi kegemaran orang dahulu.

Kini, manisan itu agak sukar ditemui di mana-mana kedai atau gerai. Dari puas dicari, apa kata anda belajar sendiri cara untuk menyediakan bubur gandum di dapur? Mudah sahaja, ikuti resepi ini yang telah dikongsikan oleh Hafizah Haron di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resipi Bubur Gandum, Manisan Yang Jarang Sekali Ada Di Kedai Tapi Memang Sedap

Bahan-bahan

  • Biji gandum (dapatkan di sini)
  • Air
  • Santan
  • Gula perang
  • Gula pasir
  • Daun pandan

Cara-caranya

  1. Sediakan biji gandum, basuh hingga bersih dan toskan airnya. Bubur gandum
  2. Dalam periuk yang telah diisi dengan air, rebus biji gandum sehingga menjadi lembut. Bubur gandum
  3. Bila sudah lembut biji gandum, letakkan gula sesedap rasa. Bubur gandum
  4. Tambahkan gula perang dan kacau sehingga sebati. Bubur gandum
  5. Letakkan santan. Kalau terlalu pekat, boleh letakkan sedikit air. Bubur gandum
  6. Tunggu sehingga mendidih, baru masukkan daun pandan. Bubur gandum
  7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati. Bubur gandum

Bagi anda yang gemari bubur manis, boleh lah cuba resepi bubur gandum ini. Lebih sedap bila dinikmati semasa musim hujan, hidang panas-panas pun memang kena!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Hafizah Haron di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Bingka Lobak Merah, Lebih Unik & Sedap Dari Yang Biasa

tags: | | | |