Pes gochujang adalah pes cili yang telah ditapai. Dengan menggunakan beberapa bahan seperti gochugaru (serbuk cili merah Korea), beras pulut, garam, mejutgaru (serbuk soya fermentasi) dan yeotgireum (serbuk malt barli), pes ini wajb digunakan dalam pelbagai jenis masakan Korea.
Dengan populariti masakan Korea makin meningkat di Malaysia, ramai orang ingin mencuba pelbagai jenis masakan Korea. Namun, untuk menghasilkan hidangan yang asli, ia memerlukan penggunaan pes gochujang. Sayangnya tak pes itu masih sukar didapati. Nak cari yang halal pun susah!
Jangan risau, tak perlu tercari-cari, anda juga boleh menyediakan pes gochujang sendiri di rumah. Dengan ini, barulah bertambah yakin. Nak tahu? Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli.
Resepi Pes Gochujang Homemade
- 1 sudu besar tupung pulut
- 1 sudu besar taucu masin (dilenyek dan ditapis untuk dijadikan pes)
- 2 paket kecil serbuk cili (guna jenama ini juga sesuai)
- 2 sudu besar kicap masin
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar madu
- Air (untuk dibancuh dengan tepung pulut)
Cara Penyediaan
- Bancuhkan tepung pulut bersama air dan masak di atas periuk sehingga menjadi bubur. Dah jadi bubur, padamkan api.
- Bubur masih panas, terus masukkan serbuk cili dan gaul sampai sebati.
- Masukkan pes taucu atau taucu yang dilenyek tadi.
- Masukkan kicap cair dan kicap pekat.
- Akhir sekali, masukkan madu.
- Gaul sebati sehingga likat.
- Boleh disimpan dalam peti untuk diperam. Makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Sedia untuk digunakan untuk sebarang masakan.
Rupanya mudah sahaja untuk buat pes gochujang sendiri di rumah, kan? Buat sendiri lebih yakin. Selepas ini boleh lah cuba pelbagai resepi Korea. Jimat pun ada.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Zurina Zulkefli
Baca Juga: Peminat Drama Korea Wajib Cuba ni, ‘Bibimbap’ Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Melayu