Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Popia Simpul Bilis Paling Sedap, Jom Cuba Buat Untuk Hari Raya Nanti

Resepi Popia Simpul Bilis Paling Sedap, Jom Cuba Buat Untuk Hari Raya Nanti

Kategori: ,
POPIA SIMPUL BILIS

Selain dari aneka kuih dan biskut, popia simpul bilis juga menjadi kegemaran ramai untuk Hari Raya. Rasa ikan yang masin sangat berbeza berbanding aneka biskut yang dihidang dan sudah pasti setiap rumah yang dikunjungi akan menyediakannya dalam satu balang.

Dari dibeli, lebih elok anda cuba menyediakannya sendiri di rumah dengan mencuba resepi popia simpul bilis ini yang mudah tapi sangat sedap. Buat banyak-banyak, nanti hidangkan untuk Raya.

Cara Buat Popia Simpul Bilis Paling Sedap, Jom Cuba Buat Untuk Hari Raya Nanti

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 12 tangkai cili kering (direbus dahulu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong klecil)
  • 5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
  • 5 batang serai (dipotong kecil)
  • Sedikit halia (dipotong kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • Kulit popia

Cara penyediaan

  1. Cuci ikan bilis dan rebus sehingga mendidih.  Toskan dan kisar guna blender kering.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dalam blender seperti bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering, santan dan air. Kisar sehingga sabti.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selama lima minit dan masukkan gula dan garam.
  4. Masukkan ikan bilis yang telah dikisarkan tadi. Kacau sehingga kering, agak lama juga tau untuk kering.
  5. Seterusnya, sediakan kulit popia. Gunting kecil-kecili dalam 8 bahagian untuk sekeping kulit.
  6. Letakkan serunding sedikit atas kulit popia. Simpul kemas-kemas buat hingga habis.
  7. Goreng sehingga masak. POPIA SIMPUL BILIS POPIA SIMPUL BILIS POPIA SIMPUL BILIS

Amat mudah untuk menyediakan resepi ini, kan? Jadi pastikan anda buat banyak-banyak tau memandangkan popia simpul bilis ini sudah menjadi kegemaran ramai. Sekali hidang memang cepat habis.

Selamat mencuba!

Kredit: Diari Resepi

Baca Juga: Resepi Coklat Nestum Bar Yang Sedap & Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja Tapi Rasa Macam Kit Kat!

tags: | |