Sejak sekolah dibuka kembali selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para ibu pastinya hari-hari perlu membuat bekal untuk anak-anak ke sekolah. Namun, jika anda sudah kehabisan idea untuk memikirkan menu, boleh cuba buat roti roll sosej ini pula. Anak-anak pasti suka, makan takkan jemu.
Roti Roll Sosej Mudah Untuk Bekal Sekolah
Bahan-bahan:
- Roti
- Sosej
- Telur
- Bread crumbs
Cara-cara:
- Leperkan sedikit roti. Belah dua sosej.
- Letakkan sosej atas roti.
- Gulungkan.
- Celupkan dalam telur.
- Akhir sekali salutkan dengan bread crumbs.
- Goreng sehingga masak dan keperangan.
- Selamat mencuba!
Kredit gambar: Roserosnah Rose