Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Lemak Sardin, Guna Ikan Dari Tin Pun Masih Lagi Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Lemak Sardin, Guna Ikan Dari Tin Pun Masih Lagi Sedap!

Kategori: ,
gulai lemak sardin

Ikan sardin dari tin amat berguna dan mudah untuk disediakan, terutamanya buat mereka yang sibuk dan tiada masa untuk ke dapur, cuma perlu buka tin, masak seketika dan tambahkan beberapa bahan untuk menyedapkannya.

Namun, tahukah anda bahawa ada beberapa resepi yang ringkas dan enak yang perlu dicuba bersama ikan sardin dari tin? Bagi anda yang ingin mencuba resepi baru, boleh lah cuba resepi gulai lemak sardin yang dikongsikan oleh Liza Idris. Mudah saja!

Resipi Gulai Lemak Sardin

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 tin sardin
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • Setengah sudu kecil halba campur
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu rempah kari ikan (cuba jenama ini untuk kari yang lebih sedap)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • 2 biji ubi kentang
  • Setengah kotak santan
  • Tomato
  • Daun kunyit
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia dengan penggisar.gulai lemak sardin
  2. Buka tin sardin dan tapiskan sos, ambil isinya sahaja. Ketepikan sos. gulai lemak sardin
  3. Goreng ikan sardin. Gunakan air fryer untuk elakkan ikan tersebut meletup. gulai lemak sardin
  4. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama daun kari dan halba campur. Kacau sehingga kekuningan dan naik baunya. gulai lemak sardin
  5. Letakkan cili kisar dan kacau sehinggan cili pecah minyak sedikit. Itu bermakna cili sudah masak. gulai lemak sardin
  6. Masukkan 2 sudu rempah kari ikan. Kacau sehingga sebati dan biarkan pecah minyak lagi. gulai lemak sardin
  7. Masukkan separuh sos sardin tin. gulai lemak sardin
  8. Letakkan serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati. gulai lemak sardin
  9. Masukkan secawan air. Boleh lebihkan air jika banyak kuah. gulai lemak sardin
  10. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk dan biarkan ubi empuk sedikit.gulai lemak sardin
  11. Letakkan ikan sardin yang digoreng tadi. gulai lemak sardin
  12. Masukkan setengah kotak santan, kacau lagi.gulai lemak sardin
  13. Letak tomato. gulai lemak sardin
  14. Daun kunyit jangan dilupa. gulai lemak sardin
  15. Perasakan dengan garam ikut citarasa penambah selera. gulai lemak sardin
  16. Siap untuk dinikmati. gulai lemak sardin

Wah, nampak sungguh menyelerakan! Memang enak bila dimakan bersama nasi tapi kalau dicicah dengan roti pun memang kena dengan selera.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Liza Idris

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Telur Rebus Masak Berlada! Menu Yang Ringkas, Sesiapa Sahaja Boleh Cuba

tags: