Nasi goreng merupakan masakan yang mudah dan cepat untuk disediakan. Dengan beberapa bahan dan nasi dari semalam saja, anda dah boleh sediakan nasi goreng di dapur. Cepat pun cepat. Tak kira masa pun nasi goreng boleh didapati tapi selalunya di Malaysia, ianya sering dimakan pada sarapan pagi atau makan malam.
Sekarang terdapat pelbagai resepi nasi goreng yang anda boleh cuba seperti nasi goreng kerabu, nasi goreng ikan masin, nasi goreng daging dan banyak lagi. Tapi kalau nak cuba resepi nasi goreng yang baru, anda boleh la cuba resepi nasi goreng thai yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar. Nampak macam susah, tapi sebenarnnya senang saja nak sediakan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan di bawah!
Tengok gambar pun dah terliur, kan? Nanti kalau dah bosan dengan nasi goreng ala Malaysia, boleh la cuba pula nasi goreng Thai. Barulah tak boring. Nak buat pun tak adalah susah sangat. Mudah saja nak sediakan, rasanya pun sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Khadijah Jaafar
Baca Juga: Ini Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai Yang Simple Tapi Sedapnya Berganda-Ganda!