Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aku Jeles Tengok..” – Lelaki Selamba Bergurau Dengan Ayah, Netizen Cemburu Melihat Hubungan Mereka

“Aku Jeles Tengok..” – Lelaki Selamba Bergurau Dengan Ayah, Netizen Cemburu Melihat Hubungan Mereka

Kategori:
Selamba Bergurau Dengan Ayah

Tanggungjawab dan amanah seorang ayah tidak mudah dipikul. Perlu mencari rezeki demi menampung keluarga, mereka juga perlu kelihatan gagah dan tegas supaya dapat membimbing isteri dan anak-anak.

Kerana sifat yang sebegitu, tak ramai di antara kita yang berani untuk bergurau dengan ayah masing-masing. Namun ada segelintir ayah yang memiliki sikap riang, suka mengusik dan bergurau dengan anak-anak mereka.

“Aku Jeles Tengok..” – Lelaki Selamba Bergurau Dengan Ayah, Netizen Cemburu Melihat Hubungan Mereka

Agaknya lelaki ini, apitsan antara mereka yang bernasib baik kerana mampu bergurau secara selamba dengan ayahnya tanpa dimarahi.

Kebetulan dia sedang bercuti, lelaki itu pulang ke kampung untuk menjenguk keluarganya. Sedang mengelap kereta di luar, ayahnya yang melihat anaknya sedang khusyuk melakukan kerja tersebut ingin mengusik. Selamba Bergurau Dengan Ayah

Saja ingin bergurau, ayahnya meludah buah limau yang dimakan dan terus berlalu pergi ke sawah padi membawa penyapu dan sebotol air minuman. Melihat tindakan ayahnya, lelaki itu berasa sangat terhibur. Selamba Bergurau Dengan Ayah Selamba Bergurau Dengan Ayah

Tambahnya, sesiapa yang memerlukan seorang ayah, boleh hubunginya kerana dia ingin let go gara-gara dengki sebab dia lebih meluangkan waktu mengelap kereta dari melayannya.

https://www.tiktok.com/@apitsan/video/7112025050978454811

@apitsan dengki tu lah.. tokak telinga satgi tengok lah… dah luah buah limau dok gelak besar pulak… #muhasabahdiri #kedahdarulaman #fypシ #sukasuka #loveyourself #sangmentari ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menjengah di ruangan komen video gelagat ayahnya yang telah dimuat naik di laman TikTok, orang ramai berasa sebak dan cemburu melihat hubungan mesra mereka.

“Aku sebenar jeles tengok orang lain boleh gurau sendan ngan ayah diaorang ni tapi tu la, aku ngan ayah aku tak ngam. Bukan benci just bila jumpa ayah auto jadi kucing.” ulas pengguna neko.

Tak Takut Bergurau, Ramai Cemburu Selamba Bergurau Dengan Ayah

Untungnya sesiapa yang mempunyai hubungan sebegini dengan keluarga mereka, boleh la buat kawan. Kadang-kadang bukan kita tak mahu berguruau dengan mak dan ayah di rumah, cumanya takut tersalah cakap nanti boleh kena penampar atau bebelan!

Kredit: apitsan

Baca Juga: Dah Form 1 Tapi Baru Pertama Kali Cuba Burger Ramly, Gelagat Adik Ini Makan Buat Ramai Terhibur

tags: | | |