Semenjak pembukaan cawangan Llaollao di seluruh negara, frozen yogurt menjadi kesukaan orang ramai. Lebih ringan dan sihat berbanding ais krim, frozen yogurt mempunyai rasa yang agak masam. Oleh itu, pelbagai topping diletakkan untuk menyedapkannya.
Bagi anda yang ingin cuba menyediakannya sendiri di rumah, bahan-bahannya mudah sahaja untuk didapatkan di mana-mana pasaraya. Anda boleh ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Rita Zara di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Frozen Yogurt Homemade Guna 3 Bahan Sahaja
Bahan-bahan
- 500g plain yogurt
- 100g whipping cream (boleh juga gunakan heavy cream, beli kotak kecil sahaja, jangan yang besar. Nanti lebih banyak)
- Setengah cawan gula (pakai cawan metrik)
Cara Penyediaan
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer (dapatkan di sini).
- Mix sampai sebati. Jangan mix berlebihan sebab whipping cream tak boleh overbeat, nanti dia berbintil-bintil.
- Masuk dalam bekas. Freeze selama 8 jam. Dia akan dapat konsistensi yang sesuai. Tak beku, tak cair. Kalau lama sangat, dia membeku jadi ais.
- Nak makan boleh sudukan dalam mangkuk, tabur topping pilihan anda. Buah kiwi, anggur, mangga, longan, chocolate flake pun boleh.
Dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja, frozen yogurt homemade anda sudah siap. Lagipun bila buat sendiri, anda boleh mengawal kuantiti bahan-bahan yang digunakan untuk mengikut citarasa diri sendiri. Simple sahaja resepi ini, kan? Jimat pun jimat. Jadi cubalah nanti.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Rita Zara via MAHN
Baca Juga: Resepi Puding Buih Gebu Gebas, Pencuci Mulut Yang Sesuai Di Pagi Raya